Sunday 29 January 2012

..Memberi...

Orang yang memberi  jarang mengalami sakit jiwa. ItulahI kajian yang dijalankan oleh pakar psikologi.
Mengapa?.Ini kerana mereka berfikiran dan berjiwa positif.Mereka inilah orang baik yang tidak akan sakit mental.
            Ciri utama mereka banyak memberi. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain"(Riwayat al-Daraqutni)
             Orang yg positif sentiasa bersedia memberi kepada pasangannya..Mereka bukan sahaja sanggup memberi salam, senyuman, bantuan, perhatian dan kasih sayang, malah memberi maaf kepada pasangannya.Memberi maaf adalah `hadiah` yg paling diperlukan utk mencapai kebahagiaan dlm hidup...org yg berjiwa besar sahaja yang sanggup memberi maaf...
             Manakala orang berjiwa kecil akan mudah terasa, marah dan sukar memberi maaf....pokok yg tegap tidak akan tumbang dipukul ribut tetapi pokok yg reput akan tumbang ditiup oleh angin!
              Ingatlah...memberi tidak akan pernah mengurangkan...malah akan menambahkan apa yg kita ada...dengan menyalakan lilin org lain, tidak akan mengurangkan cahaya lilin kita...tetapi kita akan mendapat lebih  banyak cahaya.  
               Ingatlah bahagia itu dtg dr dalam bukan dr luar...ia mesti disemai bukan menunggu dituai...ia dicari bukan dinanti...Bahagia itu hanya dpt dirasai apabila kita membahagiakan org lain...Wallahualam....