Sunday 12 May 2013

Teks Pengacara Hari Guru..

AGENDA
TEKS
CATATAN
Alu-aluan
Assalamualaikum wmth wbrth dan salam sejahtera
                 Melayang serindit di atas permatang
                 Merbah berkicau dihujung muara
                 Pemanis kata selamat datang
                 Awal Bismillah pembuka bicara
Yang Berusaha Guru Besar Sek Keb Kampong Repoh
En. Azid B Tahir

Yg Berusaha Pen. Kanan Pentadbiran
En. Mohamad Jamali B Saidin      

Yang Berusaha Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Tn. Hj Mohamad Sofi B Jamaluddin

Yg Berusaha Pen. Kanan KoKurikulum
Pn. Nurzulhuda Bt Hj Abd Rahim

Yg dikasihi rakan sejawat guru-guru dan seterusnya para pelajar sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi dgn izin kasih-Nya, kita dapat berkumpul di Dewan Terbuka SK Kpg Repoh bagi menjayakan 16 mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh Negara.`Guru Malaysia, 1aspirasi, 1 agenda`
Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

Doa




Pause
Bagi memula dan memulikan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. . Utk  itu majlis mempersilakan Al-Fadil Ustaz Mohd Hazemi untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

..............................
Amin-amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar dan diberkati.









Ucapan 1






Pause
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkap majlis jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan Wakil murid Sek.Keb. Kampong Repoh, adik Muhd Danial Syahmi B. Mohd Sholba. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
..............................................................
Demikian tadi, ucapan yg disampaikan oleh wakil murid, adik Muhd Danial Syahmi B mohd Sholba, terima kasih diucapkan.












Bacaan Perutusan


Pause
Kini tibalah kita kepada acara yg dinantikan iaitu Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Majlis mempersilakan..................................................................................

.........................................................................................
Mekar Melati diapit kejora,
Kuntuman tersemat jadi pamitan
Tersentuh hati mendengar bicara
Ungkapan azimat jadi ingatan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Bacaan Perutusan sebentar tadi.













Ucapan 2


Pause
Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada Tuan. Guru Besar Sk. Keb. Kpg Repoh.
Dengan ini dipersilakan En. Azid B. Tahir untuk menyampaikan ucapan.
..........................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.







Persembahan murid





Pause
Guru-guru dan murid-murid sekalian, sambutan Hari Guru akan lebih sempurna dan ceria kerana sebentar lagi kita berpeluang menyaksikan `dedikasi khas` daripada murid-murid kepada guru-guru.
Justeru itu majlis memberi laluan dan sama-sama kita saksikan persembahan murid2    ....................................................................................................................................................... di bawah bimbingan En. Mohd Hanif

.....................................................................................................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada kumpulan persembahan murid-murid sebentar tadi.












Persembahan guru





Pause
Guru-guru dan murid2 sekalian,
Kini tibalah kita kepada acara yg dinantikan itu laungan ikrar guru dan nyanyian lagu `Guru Malaysia` yg sentiasa `meletup` dalam carta-carta lagu-lagu popular di Malaysia.
Majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan ikrar dan lagu `Guru Malaysia` yg akan diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru dan kaki tangan..............................................................................................................

........................................................................
Terima kasih guru-guru Malaysia
                        Menghijau laksana pokok kiambang
                        Di dalam kali tumbuh melata
                        Setahun sekali nyanyian berkumandang
                        Berbakat sekali guru-guru kita
















Penyampaian hadiah






Pause
Bagi menghargai jasa para guru sekalian majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian hadiah murid kepada guru. Bukanlah nilai benda yg jadi ukuran penghargaan tetapi keikhlasan  dan kesedaran murid menghargai pengorbanan guru itulah yg lebih bermakna dan terbaik.

Mohon kerjasama guru-guru yg berada di dewan terbuka ini menyusun atur murid-murid yg ingin menyampaikan hadiah.

..................................................................................

                                Indah selendang kebaya nyonya
                                Sekali imbas puteri kesayangan
                                Usah dipandang pada harganya
                                Ingatan ikhlas tanda kenangan

Jazakallah khairan khatira.......






















Penutup
Kita telahpun berada di penghujung acara
                         Kalau ada jarum yg patah
                         Jangan disimpan di bawah saji
                         Kalau ada silap dan salah
                         Jangan dikutuk, diumpat dikeji

Sampai di sini kata bernoktah..izinkan saya mengundur diri

Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah...assalamualaikum wmth wbrth.

Seterusnya saya serahkan majlis ini kpd guru yg bertugas utk pengumuman yg berikutnya.
..deklamasi sajak khas:
Jika hari ini seorg Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorg ulama yg mulia
Jika hari ini seorg peguam menang bicara
Jika hari ini siapa sahaja yg dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorg guru biasa
Dengan lembut sabarnya
Mengajar tulis baca...........................