Wednesday 27 February 2013

Pantun (Majlis)


Berikut merupakan beberapa rangkap pantun yang sangat sesuai digunakan bagi mengindahkan majlis-majlis tertentu. Disusun sebegitu indah dengan bunga bahasa yang sangat segar. Pembayang dan maksud dalam pantun-pantun ini menggambarkan daya kreativiti yang tinggi penciptanya. Diambil daripada Facebook Kumpulan Kembara Bahasa. Pantun-pantun ini molek digunakan dalam awal, tengah mahupun pada akhir sesebuah majlis. Terima kasih kepada penyumbang dan pencipta pantun-pantun yang indah ini.

 Melayang serindik di atas permatang
merbau berkicau di hujung muara
pemanis kata selamat datang
awal Bismillah pembuka bicara.    
Air selasih di dalam cawan, 
Diminum pula sehingga selesai;
Terima kasih kepada puan,
Tugas pertama baru usai.
Kain buruk berikan kami,
Kain tercarik pengelap dulang;
Yang buruk tinggalkan di sini,
Yang baik bawalah pulang.  

 
Pohon bidara tumbuh di tanjung,
Pohon ciku tumbuh di rimba;
Tertib acara sampai ke hujung,
Terlebih laku maafkan hamba.

Pohon angsana menghias taman,

Daun berguguran disapa bayu,
Selamat datang hamba ucapkan,
Pemula bicara menumpang lalu.   

Turun dinda mengait delima,

Simpan cermat teman diberi;
Menyusun kata bait dan rima,
Cukup sifat ungkapan diberi.  

Bayu senja berpuput lembut,
Nyaman rasanya menyentuh kalbu,
Kedatangan tuan memang dijemput,
Usah segan dan rasa malu.

Azan subuh menggetar sukma,
Mengalun merdu memecah sepi,
Pantun digubah menutup bicara,
Salah dan silap mohon dimaafi 

bijak bermadah tuan puteri
makan sirih bersama teman
selesai sudah ucapan diberi
terima kasih kami ucapkan 

Sungai di hilir terasa damai
duduk sekejap menangkap ikan
demikian berakhir majlis nan permai
salah silap harap maafkan

Ikatlah galah gadis ke bendang,

Bingka dimakan berkenjah padi;
Tamatlah sudah majlis gemilang,
Semoga ingatan kekallah abadi.  

Tepung diayak kemudian diuli,

Letakkan dil pinggan di atas para;
Senyum khalayak manis sekali,
Fahamkan dengan mauduk bicara?  

Melor selasih kembang berseri

Mawar merah di dalam taman
Majlis kita berakhir di sini
jadi kenangan sepanjang zaman  

Pakai sedondon naik pedati

menghibur hati sambil bersyair
ribut pun ada berhenti
majlis ini akan berakhir 
 
Menaiki bahtera Putera Kedah 
sarat muatan buah kelapa
majlis kita bernoktah sudah
sekalung penghargaan kepada semua     

Puyuh ke jalan reba sisiannya,

Belibis girang ketitir menyanyi;
Jauh berjalan ada hentiannya,
Majlis gemilang berakhir di sini  

Bawa badik nak tojoh ubi,

Habih dodoi emak ghatah; 
Hangpa balik jagalah diri,
Sedih betoi nak berpisah  

Tercegat bintang sisi rembulan,

Fakir berkelana berikan manggis;
Selamat datang kami ucapkan,
Hadir bersama meraikan majlis  

Perangai loklaq orang utara 

Tidak senonoh orang selatan
Berikan madu untuk semua
Moga ikatan kekal berpanjangan.  

Menanti senja pantai merah,

Kanda rindu puteri Jembul;
Sesi pertama langsai sudah,
Agenda baru kini menyusul   
 
Pokok sendayan di tanah berduri,
Di tanah gambut tempat mengkuang;
Hadirnya kalian menambah seri,
Kami menyambut dengan girang  

Buah bidara si buah nona,

Buah berangan nyata berlainan;
Semua acara berjalan sempurna,
Berkat sokongan tuan dan puan  

Merintis rimba berpenat lelah,

Putera sunyi sembang ke pagi;
Majlis kita tamatlah sudah,
Moga sudi bertandang lagi  

Bunga keranji di pinggir kota,

Tambah ramuannya akar serapat;
Bukan nak puji bukan nak kata,
Hebat orangnya payah nak dapat  

Kalau keris di pinggang tersemat,

Kalau tanjak di kepala berikat;
Kalau bermajlis biarlah berkat,
semoga hadirin beroleh rahmat.  

Sayang kumbang mencari makan

terbang seiring di tepi kali
salamat datang kami ucapkan
moga diiring restu Illahi 

Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang,

Duduk renggang-renggang, bertambah sayang;
Majlis ini bukan kepalang,
Melestarikan cita menyuburkan cemerlang.   
 

Dari Raub ke Pontian

terus pula ke Kuala Perlis
selamat datang tuan dan puan
mohon saya mulakan majlis  

Ikat mengkuang rendam di alur,

Bedama tumpul si gadis bawa; 
Selamat datang salam dihulur,
Kita berkumpul di majlis mulia.

Memukat udang menjoran ruan,

Menojah sepat jalan meranduk;
Selamat datang tuan dan puan,
Ambillah tempat silakan duduk  

Majlis dibuka rahmat dipohon

Al-Quran mukjizat bahasa tersusun
Indah bacaan penuh santun
lembut menusuk suara dialun  

Puyuh, pekaka juga bebilis,

Lebih besar burung kelicap;
Ayuh kita mulakan majlis,
tuan rumah dijemput berucap.  

Rendah amra di tepi jaring,

Lendat lalang antara paya; 
Indah cuaca di pagi hening,
Selamat datang mula bicara  

Assalamualaikum pembuka bicara,
Salam sejahtera hadirin sekalian;
Dalam majlis kita bersua,
Selamat datang ahlan wa sahlan                                         

Pisang katik ikatkan di tepi,

Pisang tanduk jagaan dara;
Yang baik sematkan di hati,
Yang buruk bukan sengaja.  

Tinggi sungguh pohon cemara

tegak merimbun di tengah kota
tersalah kata terlanjur bicara
sepuluh jari disusun maaf dipinta.

Berlari-larian melangkah gadis,

Ikat selendang warna kelabu;
Sudi-sudikan meriahkan majlis,
Selamat datang para tetamu

Pohon bidara tumbuh di tanjung,

Pohon ciku tumbuh di rimba;
Tertib acara sampai ke hujung,
Terlebih laku maafkan hamba                              

Bukan bilis sebarang bilis,
Bilis molek bilis terpilih;
Bukan majlis sebarang majlis,
Majlis bermakna melestarikan kasih. 

Friday 22 February 2013

Teks II MC Majlis..


Teks Pengacara Majlis
Agenda
ISI
CATATAN
Agenda 1
Mengumumkan ketibaan:
Yang Berbahagia Dato…………………………………………………………………………
Diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Tn Guru Besar dan tetamu-tetamu jemputan

Agenda 2
Pohon Angsana menghias taman
Daun berguguran disapa bayu
Selamat datang hamba ucapkan
Pemula bicara menumpang lalu

Assalamualaikum wmth wbrth, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Dato………………………………………………………………………
Yang Berusaha Tn. Guru Besar…………………………………………………………
Yang Berusaha Tn YDP PIBG……………………………………………………………
Yang Berusaha Penolong Kanan Kurikulum……………………………………..
Yang Berusaha Penolong Kanan HEM…………………………………………….
Yang Berusaha Penolong Kanan KOKO…………………………………………
Yang dihormati lagi dikasihiguru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato…………………………………………………………………………….ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke………… .

Saya juga melahirkan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah ada mengatakan `bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat`, kalau kita dapat sepadukan idea dan tenaga , pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Agenda 3
Bagimemula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memuhon keberkatan Illahi agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz…………………………………….. untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz………………………
Atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Agenda 4
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan suara untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Majlis pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En………………….Guru Besar…………………………………………….
Merangkap Penasihat PIBG SK…………………………………………………….
Menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh yang Berusaha En..............................Guru Besar SK......................................................... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput YDP PIBG SK……… Yang Berusaha En. …………………………………………. Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh YDP PIBG SK…………………………………………………………………………………………………….. .
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin yang budiman,
Tidak molek rasanya jika ada alu tiada lesungnya,
Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya dan
Tidak lengkap majlis jika perasmi tidak berbicara

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato………………………………………………………………………..
Bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK…………………………………..
Kali ke………………….
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato……………………………………………. Atas ucapan perasmian sebentar tadi.                 

Agenda 5
Orang berbudi
Kita berbahasa

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan ………………………………………………………………………………………………………….. untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato……………………………………………………………………………….
Atas kesudian Dato menghadiri majlis perasmian Messyuarat Agung PIBG SK……………………………………… ke ……………..tahun 2013.



Agenda 6
Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang, bertambah sayang
Majlis ini bukan kepalang
Melestarikan cita, menyuburkan cemerlang

Tinggi sungguh pohon cemara
Tegak merimbun di tengah kota
Tersalah kata, terlanjur bicara
Sepuluh jari disusun, maaf dipinta

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK…………..
2013. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato…………………………………… dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato……………………….
Dan para tetamu jemputan khas diiringi Yang Berusaha Tn Guru Besar………………………………………….., untuk menikmati juadah yang disediakan di………………………………………………….

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera

Sekian , Wabillahitaufiq, walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..




Tuesday 19 February 2013

Teks MC Majlis

A1         - Mengumumkan ketibaan yang berbahagia ____________________________________________________________________________________________________________________________________________________

A2         - Para hadirin dipohon berdiri tegak bagi menghormati lagu NegaraKu.

                 Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato  ______________________________________________________________________________
                 dan para hadirin yg dihormati sekalian, dipersilakan duduk

A3         - Indah berbalam si bintang kejora
                 Pohon langsat berwarna suasa
                 Salam disembah memulakan acara
                 Mohon keberkatan pd Yang Esa

                 Bismillahirrahmanirrahim

                 Yg Berbahagia _________________________________________________________
                  Yg Berusaha ______________________________________________________YDP
                 Yg Berusaha _______________________________________________________GB
                 Yg Berusaha _______________________________________________________PK1
                  Yg Berusaha ______________________________________________________PK2
                  Yg Berusaha ______________________________________________________PK3

                 Yg dihormati guru2, AJK PIBG dan para ibu bapa yg dikasihi sekalian.
             
                 Assalamualaikum wmwbrth, salam keilmuan dan salam satu Malaysia.
                Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT, selawat dan salam ke atas
                Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW krn dgn inayah dan izinNya masih diberi ruang dan
                waktu utk sama2 berkumpul dan menjayakan Majlis ___________________________Ke___
 
                Pd ptg yg bertuah ini saya mewakili pihak majlis mengalu-alukan kehadiran dan menzahirkan rasa
                syukur serta penghargaan terima kasih yg tidak terhingga kpd Yg Berbahagia Dato_________
               __________________________________ krn sudi meluangkan masa utk bersama2 menjayaka
               majlis yg penuh bermakna ini.

               Sarung ketupat berisi inti
               Dibawa budak sambil berlari
               Kehadiran semua sgt dihargai
               Moga majlis bertambah seri

               Saya juga ingin mengucapkan terima kasih dgn kehadiran ibu bapa, guru2 dan para tetamu dlm
               menunaikan amanah sbg Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik utk kita
               mencari kesepakatan, utk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan
               anak2 kita dlm bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah.Pepatah Melayu ada
               menyatakan `kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dpt sagunya` kalau kita dpt satukan dan
              sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama`.

A4         Bunga mawar cantik tersemat
              Dipetik gadis di tepi titi
              Doa dibaca memohon rahmat
              Moga majlis sentiasa diberkati

             Bagi memberkati majlis kita pd ptg ini, majlis dgn sukacitanya menjemput dan mempersilakan Al-
             Fadil Ustaz________________ utk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
     
             Syukran Jaazilan diucapkan kpd alFadil Ustaz_____________ atas bacaan doa itu tadi

A5       Tidak molek rasanya, jika ada alu tiada lesungnya,
            Tidakberguna jika ada dayung tiada perahunya dan
            tidak lengkap majlis jika tidak ada yg berbicara...

             Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan yg Berusaha Tn _______________________
             utk menyampaikan ucapan alu-aluan , dipersilakan

            Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd Tn ________________ atas ucapan aluan itu tadi.

A6        Kepimpinan diteladani
             Program dirancang dan direalisasikan
             Seterusnya majlis dgn berbesar hati mempersilakan Yg Berusaha Tn.___________________
             selaku Yg DiPertua PIBG SK __________________ utk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

             Majlis merakamkan ucapan terima kasih kpd Yg Brs Tn Yg DiPertua____________________
             atas ucapan itu tadi.
.
A7        Kini tibalah saat yg ditunggu2 utk sama2kita mendengar amanat dan ucapan yg akan disampaikan
             oleh Yg Berbahagia__________________________________________________________
             dan seterusnya meyempurnakan majlis perasmian      _________________________________
             bagi tahun2013
             Majlis dgn penuh takzimnya mempersilakan Yg Berbahagia_____________________________
         
             Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kpd yg berbahagia
             Dato___________________________ atas ucapan perasmian itu tadi.
           
             Orang berbudi , kita berbahasa...

            Sebagai ucapan terima kasih, majlis dgn ini mempersilakan_________________ utk menyampaikan
            cenderahati sbg tanda penghargaan kpd yg berbahagia Dato______________________________
             atas kesudian Dato menghadiri Majlis______________________________________________
            2013.

A8       Akar keladi melilit selasih
            Selasih tumbuh tepian jambangan
            Kalungan budi junjungan kasih
            Mesra kenangan sepanjang zaman
                                                                Kalau ada jarum yg patah
                                                                Jangan disimpan di dalam peti
                                                                Kalau ada khilaf dan salah
                                                                Jangan disimpan di dalam hati...
Sekian , wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wrth wbt dan salam sejahtera...