Friday, 22 February 2013

Teks II MC Majlis..


Teks Pengacara Majlis
Agenda
ISI
CATATAN
Agenda 1
Mengumumkan ketibaan:
Yang Berbahagia Dato…………………………………………………………………………
Diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Tn Guru Besar dan tetamu-tetamu jemputan

Agenda 2
Pohon Angsana menghias taman
Daun berguguran disapa bayu
Selamat datang hamba ucapkan
Pemula bicara menumpang lalu

Assalamualaikum wmth wbrth, salam sejahtera, salam keilmuan dan salam Satu Malaysia.

Yang Berbahagia Dato………………………………………………………………………
Yang Berusaha Tn. Guru Besar…………………………………………………………
Yang Berusaha Tn YDP PIBG……………………………………………………………
Yang Berusaha Penolong Kanan Kurikulum……………………………………..
Yang Berusaha Penolong Kanan HEM…………………………………………….
Yang Berusaha Penolong Kanan KOKO…………………………………………
Yang dihormati lagi dikasihiguru-guru, ibu bapa dan para hadirin sekalian.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dato…………………………………………………………………………….ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke………… .

Saya juga melahirkan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guru-guru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah ada mengatakan `bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat`, kalau kita dapat sepadukan idea dan tenaga , pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama.

Agenda 3
Bagimemula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memuhon keberkatan Illahi agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz…………………………………….. untuk memimpin bacaan doa.Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz………………………
Atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Agenda 4
Hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda setia, tanda kasih kepada Negara. Marilah sama-sama kita kumandangkan suara untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Para hadirin dipersilakan untuk berdiri

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas nyanyian yang dikumandangkan sebentar tadi.
Hadirin dipersilakan duduk.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Kepimpinan diteladani,
Program dirancang dan direalisasikan,
Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi

Majlis pada petang ini dimulakan dengan mempersilakan Yang Berusaha En………………….Guru Besar…………………………………………….
Merangkap Penasihat PIBG SK…………………………………………………….
Menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi ucapan aluan oleh yang Berusaha En..............................Guru Besar SK......................................................... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya majlis dengan berbesar hati menjemput YDP PIBG SK……… Yang Berusaha En. …………………………………………. Untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan oleh YDP PIBG SK…………………………………………………………………………………………………….. .
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Sidang hadirin yang budiman,
Tidak molek rasanya jika ada alu tiada lesungnya,
Tidak berguna jika ada dayung tiada perahunya dan
Tidak lengkap majlis jika perasmi tidak berbicara

Majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato………………………………………………………………………..
Bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK…………………………………..
Kali ke………………….
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato……………………………………………. Atas ucapan perasmian sebentar tadi.                 

Agenda 5
Orang berbudi
Kita berbahasa

Sebagai ucapan terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan ………………………………………………………………………………………………………….. untuk menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato……………………………………………………………………………….
Atas kesudian Dato menghadiri majlis perasmian Messyuarat Agung PIBG SK……………………………………… ke ……………..tahun 2013.



Agenda 6
Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang, bertambah sayang
Majlis ini bukan kepalang
Melestarikan cita, menyuburkan cemerlang

Tinggi sungguh pohon cemara
Tegak merimbun di tengah kota
Tersalah kata, terlanjur bicara
Sepuluh jari disusun, maaf dipinta

Kini selesai sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK…………..
2013. Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato…………………………………… dan para jemputan sekalian, atas kesudian menghadiri majlis pada hari ini.

Majlis dengan ini menjemput Yang Berbahagia Dato……………………….
Dan para tetamu jemputan khas diiringi Yang Berusaha Tn Guru Besar………………………………………….., untuk menikmati juadah yang disediakan di………………………………………………….

Para ibu bapa dan hadirin juga dipersilakan untuk menjamu selera

Sekian , Wabillahitaufiq, walhidayah,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..




No comments:

Post a Comment