Friday 26 July 2013

Turning new mode...

Kesempatan cuti sekolah memberi ruang berjalan2 di Bandar Taiping yg semakin padat dgn kereta dan manusia...penat bukan kerana perjalanan yg jauh tapi penat kerana kaki asyik di pedal minyak & brek kereta..kalau ralit sedikit pasti `cium` bontot kereta org depan..
Tak plan sangat nak shopping baju raya tapi alang-alang keluar..belilah apa yg patut..Anyway ada `benda` lain yg ada dalam kepala dan mesti di beli...heheh...bunga carnation merah dan putih...dah lama berkenan...by hook or by crook mesti dapat juga hari nih..dah jemu dgn bunga rose kecil kat rumah tu..harinih nak turning to d`new mode...
So..selepas beli..dah tak sabar2 nak gubah bunga...this year nak simple jer but nice to look..
just simple

..merah & putih..

..just take a few colours..

..just put a simple flowers...

..a few roses just nice...

Monday 22 July 2013

Nasi lemak kukus ...

Pulang awal dari sekolah bila kepala sakit tak tertahan selepas seharian key in data pedia....saps..pbs....tapi bila terlelap seketika rasa lega pulak...
Teringat lama dah tak masak nasi lemak kukus...tapi kali nih new version..just try santan tanpa kolestrol...kukus nasi lemak & sambal tumis sotong kering & daging grill tanpa minyak....berazam nak kurangkan minyak dlm food serving....insya Allah menu sihat..cik amalina pasti suka..kan ker dia sedang diet drastik...
Menu ini juga ditujukan  juga utk adinda 2 yg bertanya tadi..`hari nih kak pah masak per?..`..so inilah nasi lemak kukus release kepala...heheh..sori jgk korang terpaksa layan lagu yg di upload  oleh my calm daughter..katanya lagu tu mama dia suka masa dolu2..whatever lah...

Nasi lemak:
Beras
Santan tanpa kolesterol
Bawang hiris
halia hiris
daun pandan
sedikit garam
Cara: Satukan bahan dan kukus lebih kurang 1 jam

Daging grill:
Sedikit daging potong nipis
Bawang merah n bawang putih ditumbuk 2/3 biji
halia tumbuk kasar
garam & gula sedikit
kunyit hidup tumbuk halus
Cara: Perap bahan yg ditumbuk dgn daging selama 2/3 jam...goreng dlm pan vantage tanpa minyak...

Sambal Sotong Kering
Sotong kering rebus hingga empuk
Bawang merah, cili kering, bawang putih dikisar halus
Tumis sedikit minyak, masukkan bahan kisar hingga naik minyak...masukkan sotong yg dah di rebus..
masukkan sedikit garam , asam keping n gula...



Friday 19 July 2013

Memoirs...

Masih ingat..when i was seven..selalu `berlakon` dgn sepupu ..i`m as a teacher..i`m as an emcee..sepupu tu....patiently being `my student`n sitting right me wherever we played `pondok2`..hehe..i`ve never ever forgotten bila `main masak2`...really` makan` when i`m asked her to eat...she never once complained...
Untill now...kadang2 senyum simpul ..bila nampak budak2sekolah tahap 1...`berlakon` watak cikgu, orang tua,doktor, surirumah, permaisurilah..rajalah..tukang kutip sampah,..emcee..jadi menteri pun ada during recess time..sebenarnya kadang2 kita nampak satu imaginasi..but dream can come true in the future...
Looking back ...now i realise how lucky i was growing up in a big family...samalah bila merenung `anak2 di sekolah` hopefully they will be `somebody`..insan yg `Kamil`...
Berikanlah kekuatan seperti mana usia ku bertambah...

Jadikanlah keikhlasan penenangku...
Berikanlah kesabaran mengatasi kesukaran...

terbitkanlah rasa nikmat sbg pendidik..


...kadang2stress juga...tapi ingat kata kenkawan hepi go lucky..kena byk sabo..kena release selalu...usiakan dah menghampiri 5 series...



Nasi bubur @ bubur arab @bubur lambuk ???

Bila makan bubur lambuk selalu teringat arwah ayahanda Hj Abdul Manaf....febret ayahanda...lani dah jadi febret warisan turun temurun hingga ke cucu..... Mek Izzati yg duk kat Kelate dah calling2 nak makan bubur nasi yg selalu mama buat.... sabo naa..kalau dah duk merantau tu kena terima hakikat tak dapat mkn `hasil air tangan mama ` selalu..nak buat gena..ada perkara yg perlu kita korbankan atau `say bye-bye` bila inginkan kejayaan dlm hidup...`sacrificed`...tak pe lah..itu cuma small things dlm hidup kita byk lagi perkara yg menjadi priority dlm perjuangan hidup as a student...tak kan selama2nya nak duk bwh k----k mama...hehehe...

Nak buat nasi bubur atau bubur lambuk bukan susah kata mak...dulu bila mak ajar masak kat dapur selalu mak akan membebel dulu..`ala masak bukan nyer susah..pejam mata pun boleh buat.(ye ke,..tak ker nanti terpegang periuk panas sbb mata tu pejam...hehe..mak ...)`..yg  penting kata mak deria rasa masin..manis..masam mesti sensitif kat lidah tu..lama2 tangan tau dah nak genggam garam ke..gula ke..atau asam ke..betul juga kata org-org tua...kan ker diaorg mkn garam dulu...yg tua dihormati..yg muda disayangi..tapi ada sorang member ckp yg muda `dilanyak`..awat tuh..jgn lepas geram bulan pose nih...luah perasaan okay...

Nih nak sharing resepi dgn `member yg muda`...sbb deme rajin duk tanya..tak larat mulut ni nak rewind selalu tambah2 bula pose..so hari ni ada masa skit..
Bahan2:
Beras 2 genggam ((utk 4 org makan)
Daging sedikit (lebih kurang sepenumbuk)
Udang besar (sepiring)
serai 2 btg
seketul halia
semangkuk santan
Bawang besar(1 labu)
bunga lawang
kulit kayu manis
sedikit garam
daun sup/ daun bawang
Cara2:
Rebus beras dgn daging yg dipotong kecil hingga beras kembang...ketuk serai dan halia..masukkan kedlm nasi 
yg dah kembang...tumis bawang besar potong bersama bunga lawang n kulit kayu manis hingga naik bau...masukkan udang besar dan goreng hingga sedikit kuning..masukkan santan dalam nasi yg dah kembang n masukkan bhn tumis darat dlm periuk nasi...biarkan hingga mendidih dan masukkan daum sup n daun bwg..
Dah boleh di hidang..mkn bersama dendeng atau sambal kering ikan bilis....boleh jgk dgn lobak masin yg dah ditumis dgn bwg dan cili...
selamat berbuka...


Thursday 18 July 2013

Murtabak MINI

Salam ramadhan buat teman-teman...especially staff members kat SKKR..adinda2 yg minat `bersilat` kat dapur tu yg rajin minta ilmu memasak dari kak pah ...hihi..bukannya pandai sangat tapi sebenarnya `pandai` hentam kromo dalam soal memasak..asal ada benda kat fridge..belasah jer lah..
Apa yang penting `penghuni` kat rumah ni cakap ermm...sedapnya..nanti masak lagi...so sori la kalau resepinya macam `merapu ` jer

Kulit Murtabak (kulit popia segera )
Inti:
      Ayam / daging kisar atau udang pun boleh
      Kentang (ikut suka nak buat berapa banyak..ikut penghuni rumah)
      Lada hitam (1/2 sdb)
      Bawang besar  1@ 2 biji..ikut suka (potong kiub)
      Sedikit sos tiram
Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan ayam atau daging kisar atau udang cincang. Bila dah masak sedikit masukkan kentang potong kiub dan sedikit air, Masukkan lada hitam dan sos tiram serta sedikit garam....hingga empuk. dan sedikit kering,..biarkan sejuk seketika.
Sementara itu pukul telur sebyk 3 biji,rempah kari 1 sdb dan sedikit perasa...hingga kembang...masukkan inti di atas...kacau perlahan...boleh letakkan di atas kulit popia dan lipat menjadi seperti murtabak...
Goreng minyak sedikit atas Pan ..alih atas dan bawah..hingga masak...
Selamat mencuba...sekali rasa pasti nak lagi...cer try...heheh...

Sunday 12 May 2013

Teks Pengacara Hari Guru..

AGENDA
TEKS
CATATAN
Alu-aluan
Assalamualaikum wmth wbrth dan salam sejahtera
                 Melayang serindit di atas permatang
                 Merbah berkicau dihujung muara
                 Pemanis kata selamat datang
                 Awal Bismillah pembuka bicara
Yang Berusaha Guru Besar Sek Keb Kampong Repoh
En. Azid B Tahir

Yg Berusaha Pen. Kanan Pentadbiran
En. Mohamad Jamali B Saidin      

Yang Berusaha Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
Tn. Hj Mohamad Sofi B Jamaluddin

Yg Berusaha Pen. Kanan KoKurikulum
Pn. Nurzulhuda Bt Hj Abd Rahim

Yg dikasihi rakan sejawat guru-guru dan seterusnya para pelajar sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi dgn izin kasih-Nya, kita dapat berkumpul di Dewan Terbuka SK Kpg Repoh bagi menjayakan 16 mei, tarikh keramat sambutan Hari Guru di seluruh Negara.`Guru Malaysia, 1aspirasi, 1 agenda`
Menyedari hakikat bahawa tiada guru, tiadalah murid, tiada murid maka tiadalah guru, maka kita berkumpul untuk menjayakan Hari Guru dengan cara kita.

Doa




Pause
Bagi memula dan memulikan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. . Utk  itu majlis mempersilakan Al-Fadil Ustaz Mohd Hazemi untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

..............................
Amin-amin ya rabbal alamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan dengan lancar dan diberkati.









Ucapan 1






Pause
Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkap majlis jika tiada yang berbicara.

Tirai ucapan pada pagi ini dimulakan dengan ucapan Wakil murid Sek.Keb. Kampong Repoh, adik Muhd Danial Syahmi B. Mohd Sholba. Majlis dengan segala hormat mempersilakan.
..............................................................
Demikian tadi, ucapan yg disampaikan oleh wakil murid, adik Muhd Danial Syahmi B mohd Sholba, terima kasih diucapkan.












Bacaan Perutusan


Pause
Kini tibalah kita kepada acara yg dinantikan iaitu Bacaan Perutusan Menteri Pelajaran Malaysia.
Majlis mempersilakan..................................................................................

.........................................................................................
Mekar Melati diapit kejora,
Kuntuman tersemat jadi pamitan
Tersentuh hati mendengar bicara
Ungkapan azimat jadi ingatan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih Bacaan Perutusan sebentar tadi.













Ucapan 2


Pause
Tidak lengkap rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ungkapan keramat daripada Tuan. Guru Besar Sk. Keb. Kpg Repoh.
Dengan ini dipersilakan En. Azid B. Tahir untuk menyampaikan ucapan.
..........................................................
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.







Persembahan murid





Pause
Guru-guru dan murid-murid sekalian, sambutan Hari Guru akan lebih sempurna dan ceria kerana sebentar lagi kita berpeluang menyaksikan `dedikasi khas` daripada murid-murid kepada guru-guru.
Justeru itu majlis memberi laluan dan sama-sama kita saksikan persembahan murid2    ....................................................................................................................................................... di bawah bimbingan En. Mohd Hanif

.....................................................................................................................
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada kumpulan persembahan murid-murid sebentar tadi.












Persembahan guru





Pause
Guru-guru dan murid2 sekalian,
Kini tibalah kita kepada acara yg dinantikan itu laungan ikrar guru dan nyanyian lagu `Guru Malaysia` yg sentiasa `meletup` dalam carta-carta lagu-lagu popular di Malaysia.
Majlis mempersilakan semua guru untuk bersama-sama naik ke atas pentas bagi menyampaikan ikrar dan lagu `Guru Malaysia` yg akan diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru dan kaki tangan..............................................................................................................

........................................................................
Terima kasih guru-guru Malaysia
                        Menghijau laksana pokok kiambang
                        Di dalam kali tumbuh melata
                        Setahun sekali nyanyian berkumandang
                        Berbakat sekali guru-guru kita
















Penyampaian hadiah






Pause
Bagi menghargai jasa para guru sekalian majlis pada pagi ini diteruskan dengan acara penyampaian hadiah murid kepada guru. Bukanlah nilai benda yg jadi ukuran penghargaan tetapi keikhlasan  dan kesedaran murid menghargai pengorbanan guru itulah yg lebih bermakna dan terbaik.

Mohon kerjasama guru-guru yg berada di dewan terbuka ini menyusun atur murid-murid yg ingin menyampaikan hadiah.

..................................................................................

                                Indah selendang kebaya nyonya
                                Sekali imbas puteri kesayangan
                                Usah dipandang pada harganya
                                Ingatan ikhlas tanda kenangan

Jazakallah khairan khatira.......






















Penutup
Kita telahpun berada di penghujung acara
                         Kalau ada jarum yg patah
                         Jangan disimpan di bawah saji
                         Kalau ada silap dan salah
                         Jangan dikutuk, diumpat dikeji

Sampai di sini kata bernoktah..izinkan saya mengundur diri

Sekian. Wabillahitaufiq walhidayah...assalamualaikum wmth wbrth.

Seterusnya saya serahkan majlis ini kpd guru yg bertugas utk pengumuman yg berikutnya.
..deklamasi sajak khas:
Jika hari ini seorg Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorg ulama yg mulia
Jika hari ini seorg peguam menang bicara
Jika hari ini siapa sahaja yg dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorg guru biasa
Dengan lembut sabarnya
Mengajar tulis baca...........................




























Thursday 4 April 2013

Menghitung hari..

...teringat seseorang pernah berkata..ramai mana pun anak kita suatu hari nanti bila akan tiba juga saat kita rasa semakin sunyi  bila seorang demi seorang akan keluar meninggalkan kita kerana belajar ...kahwin..atau sememangnya Allah telah menetapkan setakat itu sahaja masa mereka bersama kita..
    Betul tu...feeling camtu dah makin mula menghantui...sometimes i just ignore..banyak hikmah yg i must know..Allah maha mengetahui...anak mcm tak ramai..only 3..tapi actually ....kalau yg pernah `hidup` seketika di dalam rahim ini di jumlahkan semuanya pastinya ramai..6..tapi Allah Maha Mengetahui..diberiNya pinjam seketika supaya I can feel mcm ibu2 lain saat paling gembira bila doktor mengatakan..congrats! u pregnant!..
    I know..kita kena redha..Allah mengetahui apa yg the best utk kita..walaupun dulu pernah rasa touching bila tengok Amir pernah rasa gembira bila di beritahu `kehadiran`bakal adiknya..yess!yesss! amir akan dpt adik..tapi lepas 3 months hopeless..doktor cakap kena D&C....then after a year..d` same happened to me..D&C again....
    At the moment..mcm satu kekuatan yg dtg...tak pe lah....anak 3 org pun orait..jaga betul2..mak dgn ayah pernah ckp..anak2 tu harta sebenar kita di dunia....ramai ke..sikit ke....apa yang penting didik anak2 menjadi `manusia` sebenar..`cantik diluar..cantik di dalam`..ermm byk yg tersirat tu..
    Teringat  suatu ketika ...time tuh amat `berbelah bagi` antara `menerima` surat tawaran `further study` sepenuh masa di UPSI..antara kepentingan dan cita2 myself dan anak2 yg masih kecil..memang menangis sbb tak tahu nak decide..beristikharah beberapa kali..lastly....buat keputusab yg benar2 mengejutkan boss kat sklh time tu yg sangkakan I pilih further my study....NO ..
....Byk faktor yg mendorong..tapi yg utama..I cant let my childrens turut berkorban..masa depan mereka lebih utama...memang ada manusia boleh survival dgn cabaran mendesak..tapi utk mengheret `harta dunia` yg sikit ini sama2 merasa kena berkorban..NO I CANT...