Tuesday, 7 June 2011

..salahkah remaja,,,?

 ....kita sambung bicara `tentang cinta` catatan sdr Pahrol mohd Juoi...walaupun apa yg diungkapkan pasti tidak lengkap namun kupasan utk tatapan anak remaja memahaminya memadai..
Bila disebut cinta, terbayang Romeo yg sanggup mati kerana Juilet, Cleopatra sanggup membunuh diri krn Mark Antony, Uda dan Dara yg bersanding di pusara atau Qaisy yg sanggup menjadi Majnun (gila) krn terpisah dgn Laila.
Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan, namun realitinya juga tidak kurang hebat.Ramai remaja yg sanggup meninggalkan ibu dan ayah krn mengikut kekasih hati.
Kata pantun:`nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak, buang saudara, krn kasih hamba turutkan`.
Malah ada yg sanggup menukar agama utk memiliki cinta. Ah..manusia tanpa cinta agaknya spt bumi tanpa mentari. Kalau kita menonton filem hindustan...kekadang cinta seolah-olah dinobatkan sbg `Tuhan`..segala-galanya krn cinta (Mere mohabbat he!)
Rasa cinta bertandang ke dlm jiwa tanpa diundang dan diminta. Keinginan itu tidak payah dipelajari dan dicari .Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun kadang kala cuba dilawan, namun rasa yg `ajaib` itu dtg juga. Tidak kuasa hati menolaknya. Apalagi kalau cinta itu disuburkan, maka makin marak dan menggilalah jadinya.Bila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, tidur tak lena.
Bijak pandai pernah mengingatkan, `Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia,Pertama yg sedang lapar, kedua yg sedang sakit dan yg ketiga yg sedang mabuk cinta`.
Kenapa? Orang yg lapar hanya memikirkan perutnya. Orang yg sakit sdg derita menanggung sakitnya.Orang yg bercinta pula hanya memikirkan org yg dicintainya.Dia seolah-olah `mabuk` dan sdg berada di alam lain.Orang nampak dia, tapi dia tak nampak org...Anda pernah terserempak dgn pasangan kekasih di stesen komuter atau bas? Semua org `malu` melihat gelagat keterlaluan mereka, tapi mereka tidak sedar diri.Cuba bayangkan indah dan damainya syurga, namun Nabi Adam a.s kesunyian dan inginkan teman..lalu Allah ciptakan Siti Hawa sbg pasangan utk dicintainya...dan kita anak cucu pewaris rasa cinta lalu bagaimana sewajarnya?...pasti ada peraturanya...

No comments:

Post a Comment