Tanggal 25 ogos 2011..tepat jam 7.30pagi..tatkala hujan turun renyai-renyai membasahi bumi bagaikan rahmat Allah SWT mengiringi majlis tazkirah. Suasana menjadi majlis dr awal menjadi amat terkesan dan benar2 `touching` serta memberi inspirasi kepada sesiapa yang menghayati perjalanannya.
Dewan SKBJ menyaksikan santapan rohani di pagi hari oleh Ustaz Izafri Ahmad walaupun terpaksa bersesak di Dewan Terbuka, namun suasana amat segar seolah-olah rahmat dan nikmat dari Allah SWT menghilangkan segala cabaran terpaksa duduk dlm keadaan `tidak selesa`.
Ramadhan semakin dipenghujung antara isi tazkirah...menyentuh hati kecil ...ya Allah masihkah ada kesempatan usiaku berjumpa ramadhan 2012 nanti..beratnya hati meninggalkan detik2 ramadhan berlalu pergi.
Kesempatan ini ku panjatkan doa..berikanlah aku hidayah,berikanlah suamiku, anak2ku, ahli-ahli keluargaku dan sahabat2ku hidayah...agar hidayah ini mampu membentengi kami dpd segala fitnah,kesesatan dan kezaliman yg menjurus kepada siksaan api neraka...
Sabda Rasulullah saw: "Allah tidak memandang rupa lahir kamu dan harta kekayaan kamu tetapi Allah memandang hati dan amalan kamu"...Ya Allah berikanlah daku dan orang orang di sekelilingku kekuatan dan istiqamah memburu kemanisan iman... hidupkanlah kami dengan iman,..matikan kami dengan iman dan pinta kami masukkanlah kami ke syurga dengan iman...
Isi tazkirah seterusnya mengingatkan juga..maafkanlah org di sekeliling kita..kita tidak kuat utk hidup keseorangan..kita perlukan orang di sekeliling...inilah `Law Of Attractions` dlm kehidupan..kasih sayang akan menarik kasih sayang..benci akan menarik benci...
Siapalah kita utk membenci,, sombong..dan hasad...Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Pengasih lagi Maha Penyantun....jadilah daku dan orang-orang di sekelilingku hamba Mu yang selalu bertaubat...Wallahualam...
No comments:
Post a Comment