(Teks: Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
Anakku..
Kerap kali kalau kita jujur kita dituduh bodoh.Bila kita mengalah kita dianggap lemah.Padahal kita inginkan keamanan dan kedamaian tanpa kehilangan hak dan harga diri. Walaupun begitu sukar untuk mendapatkanya tetapi jgn sekali-kali kau korbankan jln yg benar hanya utk mencapai kemenangan.Biar kalah ,jangan salah. Percayalah kemenangan tanpa kebenaran tetap satu kekalahan disisi Allah!
Paling teruji apabila kau lihat org lain mengikut lorong salah..lalu dia cepat sampai..sedangkan kau di lorong yg betul masih lelah menapak dan merangkak.Bila yg batil ketawa, yg benar pastinya teruji melihat kegembiraan itu..dan hampir hampir kita melepaskan kebenaran itu semula hanya kerana tidak tega melihat kebatilan melonjak ria...
Namun anakku, percayalah akhirat itu ada.Ada lagi ketawa di sana..dan percayalah `one who laugh last, laugh the best`...ketawa paling akhir di syurga adalah ketawa yg paling baik...beringat-ingatlah sesiapa yg ketawa dlm membuat dosa ketika di dunia akan masuk ke neraka dlm keadaan menangis...
Anakku...
ingatlah bahawa acapkali duri berselindung disebalik bunga..lalu kita tercium keharumannya sering alpa akan tusukan bisa sebaliknya....sudah lumrah dunia, huluran tangan yg ikhlas dan lembut kadang2 dikilas dlm diam dan dendam...Sering juga baldu lembut dan halus dihamparkan tetapi di bwhnyaada belati yg paling tajam...tetapi jgn kau gusar, kekalkan kejujuranmu walaupun terpaksa berkorban...asalkan shj kejujuran itu diiringi satu kebijaksanaan...
Ingatlah hakikat ini..tidak ada keadilan yg mutlak ddunia ini.Justeru di sana ada akhirat supaya segala topeng kepura-puraan yg selama di dunia bertakhta akan terhenyak dan mendapat pembalasan. Jgn gopoh utk menang..lihatlah betapa lamanya doa Nabi Musa dimakbulkan.Kenangkan pula betapa lama perjuangan Nabi Ibrahim dimenangkan..paling nestapa apabila nasib Yasir dan Sumaiyah yg terpaksa terkorban tanpa merasai nikmat kemenangan.Sama seperti Siti Asiah yg dibunuh oleh Firaun laknattullah.
Apa pinta Siti Asiah menjelang kematiannya? Ya Allah binakan aku sebuah rumah disyurga...Apa pesan Rasulullah utk Yasir dan Sumaiyyah? Sabarlah keluarga Yasir..bagimu syurga.
KENANGKAN SYURGA ANAKKU..TAGIHLAH JANJI ALLAH ITU...
No comments:
Post a Comment